Khamis, 4 Mac 2010

WELCOME TO LIP SIN'S MARKET

Pasar Taman Lip Sin is located near Tingkat Nipah; near Lengkok Nipah, near Lor Nipah 1, near Lengkok Nipah 1, near Lor Nipah 2.

The locations related to Pasar Taman Lip Sin are represented by the nearest distances for a beam of light to travel and may not be nearest by road. For example, Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Maxim Dim Sum. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Sungai Nibung Bus Terminal. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Tapak Pesta. Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Caltex Jln Sas. Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Shell Jalan Sas.

Lip Sin’s market is a market which is the focus of all races because the market provides all the requirements as:

a) Dry Food

b) Wet Food (fish, meat, chicken)

c) Vegetable

d) Fruit

e) Clothes and Accessory

f) Medicine



Various types of protein sources such as fish, meat and poultry sold here



Berasmas’s Store is one of the shops that sell retail goods



Seng Medicine store’s is very popular in Lip Sin’s Market



Various types of fresh vegetables are sold here



Various types of fresh fruit are sold here



Beautiful clothes and accessory sell at Lip Sin’s Market with cheap price


By:

Petak's Group


1) NOOR AZRINA DESA (8)

2) NOR AZNI BINTI AMIR HAMZAH (10)

3) NUR LIYANA BT MOHAMAD ISA (19)

4) NURU MUHAMAD AKMAL BIN ZULKIFLI (21)

5) SHAHIDATUL AZRIN BT MOHD SAIDIN (23)

6) SITI RAZIAH ARSAD (27)

Khamis, 25 Februari 2010

Isu penguasaan wanita dalam sektor perkhidmatan awam

Assalamualaikum
Pada pendapat saya, isu penguasaan golongan wanita dalam sektor perkhidmatan awam adalah satu isu yang tidak perlu dipandang secara serius.Isu ini sebenarnya isu yang agak lapuk dan bersifat bermusim.Ini kerana,isu ini sehingga kini terus diperdebatkan oleh sesetengah pihak dari dahulu sehingga sekarang.Apabila isu ini tidak menemui jalan penyelesaian yang bersifat ‘menang-menang’, bagi semua pihak,isu ini seolah-olah dibekukan sementara atau berada dalam ‘mood senyap’ atau isu ini berlalu begitu sahaja. Tidak mustahil kelak pada masa akan datang,isu ini dipalu lagi oleh pihak yang berkepentingan atau yang mahu menjadikan isu ini sebagai propaganda untuk mencapai sesuatu agenda Bagi saya,adalah agak menjengkelkan bagi sebuah Negara yang pesat membangun seperti Malaysia masih lagi dibelengu dengan konflik gender dalam sektor pekerjaan sedangkan isu seperti ini hampir tidak kedengaran di Negara-negara maju.Adalah agak malang bagi Negara kita yang sedang berusaha untuk mencapai kemajuan menjelang tahun 2020 terus dibayangi dengan permasalahan ini.Ini sedikit sebanyak merencatkan agenda pembangunan Negara terutama dalam pembinaan sumber manusia yang berkualiti untuk pembangunan Negara di masa hadapan.
Selain itu juga,kita harus melihat isu ini dari sudut fitrah manusia itu sendiri.Perbezaan gender antara lelaki dan wanita harus dilihat dari sudut positif.Harus diingat bahawa,peranan yang dimainkan oleh lelaki atau wanita adalah bersifat saling melengkapi.Semua manusia tidak sempurna dari segi keupayaan dan kebolehan masing-masing.Bagi saya,bukan soal siapa kuat atau siapa lemah yang menjadi ukuran jika kita melihat dari perspektif isu konflik antara gender.Maka tidak perlu timbul isu siapa yang perlu berada dalam kelas gender yang dominan dalam sektor perkhidmatan awam.Barangakali kerana disebabkan manusia pada masa kini lebih berilmu dan terpelajar,mereka telah celik untuk memperjuangkan hak gender masing-masing.Maka timbul konflik yang tiada berkesudahan.Konflik gender terutama dalam sektor perkhidmatan awam mungkin membawa kesan negatif kepada sistem penyampaian maklumat kepada rakyat.Ini menjejaskan kualiti dan imej sesuatu perkhidmatan.
Apa yang penting kini adalah,memantapkan sumber manusia yang sedia ada dan membentuk pelapis yang mempunyai kualiti modal insan yang kukuh dari segi jati diri dan keupayaan untuk mengembangkan potensi dalam diri.Tidak perlu saling menuding jari dan mempertikaikan keupayaan dari segi gender.Setiap orang sama ada lelaki atau wanita mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi diri.Dalam hal ini,kerajaan terutamanya perlu bersikap lebih terbuka dan menetapkan garis panduan yang fleksibel serta membuka ruang seluas-luasnya kepada kumpulan gender yang berlainan ini untuk mengembangkan potensi diri masing-masing tanpa bersikap prejudis yang keterlaluan.Kekangan yang wujud dalam setiap kumpulan gender yang berlainan perlu dilihat secara positif dan bukan dipandang sebagai kelemahan semata-mata.Siapa yang layak untuk memikul sesuatu tanggungjawab perlu dilihat pada kemampuan dan kelayakan yang dimiliki dan bersesuaian dengan had kemampuan diri bagi setiap gender.Bak kata pepatah Melayu,ukur baju dibadan sendiri.

Tidak perlu cepat melatah bila berbicara mengenai penguasaan sesuatu gender dalam sesuatu bidang atau perkhidmatan.Saya tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana kumpulan gender,akan tetapi saya percaya,kita semua perlu melihat dari sudut yang positif tanpa mengabaikan kemampuan setiap gender.Kita masih mempunyai ruang yang luas untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mengoptimumkan pencapaian dan kemampuan setiap kumpulan gender demi memajukan Negara.Usah dibiarkan isu-isu seperti konflik antara gender dalam sektor perkhidmatan awam membataskan kemampuan sumber manusia untuk terus maju kehadapan.Kita ‘berperang’dengan masa untuk membuktikan kehebatan dan kemampuan Negara kita di mata dunia.Semua orang di Negara ini adalah aset yang bernilai kearah pembikinan sebuah Negara yang hebat dalam tamadun manusia.Serangkap pantun buat pedoman kita bersama:
Setitis tinta serangkai bicara,
Secebis gula sama dirasa,
Lelaki dan wanita permata Negara,
Maju Negara aman sentosa.

Sekian.

Selasa, 23 Februari 2010

Aktiviti Pasukan Analisis Konstraktif USM...









Pada 12/2/2010,satu aktiviti 'berjalan sambil belajar' telah diadakan oleh pelajar-pelajar HMT 329 bermula dari perkarangan Stadium USM tepat jam 7.00 pagi.

Sambil berjalan,pelajar diarahkan meneliti segala bentuk papan tanda jalan,papan tanda iklan dan sebagainya.Pelajar-pelajar diajar untuk membuat analisis konstraktif berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap semua papan tanda di sepanjang laluan yang dilalui.

Setitis tinta serangkai kata


Hari ini merupakan hari pertama aku merelakan diri aku untuk ber'blog' dan menyertai jutaan manusia lain dalam arena bloger.Aku sebenarnya bukan la insan yang buta teknologi,tetapi aku manusia yang telah, sedang dan akan terus cuba belajar mengenal kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada masa ini..Harapan aku cukup besar dalam mengharungi hari-hari yang semakin mencabar.Semoga aku menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.Insyaallah....